Saturday, February 16, 2008

Election Advise a.k.a Tazkirah

Oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

The good mufti without being biased mentioned of the amanah (responsibilty) of choosing a good and able candidates, because it is directly have an impact towards our life here and hereafter. He writes in a sort of old malay style of writing...artistic ..

'Saya amat tertarik dengan surat Sayidina Abu Bakr al-Siddiq yang mengandungi wasiat tentang calon pilihannya dalam menggantikan beliau yang ketika itu teramat uzur. Beliau meminta Sayidina ‘Uthman menulis untuknya seperti berikut: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Inilah apa yang diamanatkan oleh Abu Bakr bin Abi Quhafah pada waktu terakhir kehidupan di dunia dan sedang keluar daripadanya, serta permulaan kehidupannya di akhirat dan sedang masuk ke dalamnya. Di mana ketika seperti ini seorang kafir akan beriman, seorang yang jahat akan yakin, dan seorang pembohong akan bercakap benar. Aku melantik untuk kamu semua selepas aku ini ‘Umar bin al-Khattab.

Dengar dan taatlah kepadanya. Sesungguhnya aku tidak akan melewatkan sebarang kebaikan untuk Allah (keredaan-Nya), Rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kamu semua. Sekiranya dia (Umar) berlaku adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia mengubahnya (kepada tidak adil), maka setiap orang akan menanggung dosa yang telah dilakukannya.

Aku bertujuan untuk kebaikan dan aku tidak pula mengetahui yang ghaib (keadaan masa hadapan). Maka nanti mereka yang zalim akan mengetahui di manakah tempat kesudahan mereka. Wassalam ‘alaikum warahmatullah.” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Fikr). Surat ini menggambarkan betapa Sayidina Abu Bakr sedarkan dirinya dan kita semua bahawa soal pemilihan mereka yang akan menguasai urusan rakyat mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.'

aeab

No comments: