Thursday, March 20, 2008

Bahasa Kita! Cintailah ia!

Kisah ini berlaku pada tahun lepas, tetapi saya belum berkesempatan untuk menulisnya.

Mohd Ihsan (pada tahun 2007) telah dimasukkan ke Pusrawi, wad pediatrik kerana disyaki bengkak kelenjar.
Wad pediatrik, dindingnya dipenuhi lukisan-lukisan menarik perihal binatang-binatang dan juga kartun-kartun.

Satu hari, saya membawanya keluar dari bilik wadnya, bermain di halaman yang terdapat mainan-mainan, kegemaran Ihsan bermain teko, tuang-tuang air ke gelas-gelas.

Terdapat seorang nenek membawa cucunya ke sana juga. Dia menunjukan seekor ikan kepada cucunya, seraya berkata " Dolhpin"..Ulangnya lagi "Dolphin"

Ihsan berhenti bermain, memandang kepada mereka, dan berkata " Bukan Dolhpin lah..ikan lumba-lumba!"

Saya hanya diam...

No comments: